SIMPULAN BAHASA
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat di bawah ini.
1 Patung itu ialah ___________daripada lawatan- nya ke Jepun.
A buah mulut  C buah tangan
B buah fikiran  D buah hati
2 Budak yang___________itu cepat memahami apa-apa yang diajarkan.
A panjang akal  C tajam akal
B ringan tulang  D otak udang
3 Kamal meminta ______________daripada pemandu teksi yang melanggar keretanya.
A bekas tangan  C duit kopi
B ganti rugi  D sagu hati
4 “Saya sudah________ untuk tidak menghadiri majlis itu,” kata Milah.
A bulat kata  C bulat fikiran
B ada hati   D kata putus
5 Rahim ialah __________ majikannya kerana ia tekun bekerja dan menunjukkan prestasi yang cemerlang.
A anak buah  C anak tiri
B anak angkat  D anak emas
6 Lili pandai__________ guru kelasnya.Dia memberi gurunya bunga sempena Hari Guru.
A iri hati  C patah hati
B ambil hati  D lembut hati
7 Sikap Masri yang __________ itu tidak disukai oleh kawan-kawannya.
A rendah diri  C ringan tangan
B berat tulang  D pendek akal
8 “Jangan kamu __________ dalam hal jiran kita,” Encik Wee memberitahu anaknya.
A banyak mulut  C buka mulut
B pasang telinga  D campur tangan
9 Dia menjadikan kawannya sebagai _________  untuk mendapatkan kenaikan pangkat.
A batu loncatan  C batu api
B jalan belakang  D orang tengah
10 Para pelajar perlu ___________    untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
A bergadai nyawa  
B bermandi peluh
C memerah keringat
D berhati waja
11 Hartawan yang_________itu mendermakan RM 10 ribu kepada tabung mangsa banjir.
A ada hati  C besar hati
B murah hati  D tawar hati
12 Sewaktu orang lain sibuk bekerja, Badul________.
A mencuri hati  C mencuri tulang
B mencuri akal  D mencuri pandang
13 Bendahari persatuan itu __________memikirkan cara untuk menggantikan wang persatuan itu yang hilang.
A mati akal  C hilang akal
B habis akal  D akal kancil
14 Kepulangan bekas banduan itu menjadi _______
penduduk kampungnya.
A buah fikiran  C buah mulut
B buah tangan  D buah hati
15. Cik Salmi mengambil kempat-empat anak yatim itu sebagai __________nya.
A anak murid
B anak emas
C anak tiri
D anak angkat
Selamat Mencuba!!!
Jawapan :
1.C 2.D 3.B 4.A 5.D 6.B 7.B 8.D
9.A 10.C 11.B 12.C 13.A 14.C 15.D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan