Jangan melihat masa lalu dengan penyesalan;

Jangan pula melihat masa depan dengan ketakutan;

Cuba melihat di sekitarmu dengan penuh kesedaran!

Nota Karangan



Tulis suatu karangan bagi tajuk-tajuk yang diberikan. Panjangnya karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata dan tidak melebihi 120 patah kata.

Soalan 1
      Huraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar serta kesannya terhadap kehidupan manusia.

Cadangan jawapan:

 

Pendahuluan

·         Pencemaran udara, air , bunyi, dan tanah- akibat kegiatan manusia- mempunyai kesan buruk

Isi-isi

·         Pencemaran udara – asap kilang, kenderaan, dan pembakaran terbuka – jerebu –memudaratkan kesihatan
·         Pencemaran air – sisa toksik dari kilang dibuang ke dalam sungai dan laut – hidupan air akan mati – rantaian makanan dan sistem ekologi terjejas
·         Pencemaran bunyi – kenderaan di jalan raya yang sesak, kebisingan di tapak binaan – menyebabkan tekanan perasaan – mudah marah
·         Pencemaran tanah – penanaman bahan radio aktif dan sampah – semburan pestisid pada tanaman – mengurangkan kesuburan tanah

Penutup

·         Berbahaya kepada manusia –menjejaskan alam sekitar – perlu diatasi dengan segera


Soalan 2

      Tulis surat kepada guru kelas kamu untuk mmeberitahu beliau bahawa kamu terpaksa menangguhkan pembayaran yuran sekolah atas sebab-sebab tertentu.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan
·         alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, dan panggilan penerima
·         tajuk surat

Isi-isi

·         tujuan surat – Penangguhan Pembayaran Yuran Sekolah
·         kesempitan wang kerana bapa terlibat dalam kecelakaan jalan raya – kakinya patah – sudah dua bulan tidak dapat bekerja
·         ibu menjual kuih untuk menyara hidup – belanja perubatan bapa – menyara empat orang anak yang masih bersekolah
·         berharap agar pihak sekolah dapat melanjutkan tempoh bayaran – sekurang-kurangnya dua minggu lagi

Penutup

·         berjanji akan membayar yuran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan
Soalan 3

      Kamu sekeluarga baru sahaja berpindah ke sebuah negeri di Pantai Timur.
      Tulis surat kepada sahabat lama kamu untuk menceritakan keadaan di tempat baru itu.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan

·         alamat pengirim, tarikh, pembuka kata, kata ganti nama penerima

Isi-isi

·         tujuan surat – bertanya khabar
·         menceritakan keadaan di tempat baru – jiran dan kawan-kawan baik-baik belaka
·         rumah berdekatan dengan pantai – pemandangan cantik – udaranya nyaman – bersiar-siar pada waktu petang
·         ada perkampungan nelayan – dapat melihat cara hidup nelayan – pergi dan balik ke laut
·         sekolah berdekatan dengan rumah – tiada masalah dalam pelajaran – guru-guru dan kawan-kawan baru banyak membantu dan sedia bekerjasama

Penutup

·         mempelawa sahabat datang ke rumah baru – sedia menanti dengan tangan terbuka
·         pengakuan pengirim dan tandatangan


Soalan 4

      Ada yang berpendapat bahawa bekerja makan gaji lebih baik daripada bekerja sendiri. Bersetujukah kamu dengan pendapat tersebut?

Cadangan jawapan:

Pendahuluan

·         tidak bersetuju dengan pendapat tersebut – bekerja sendiri lebih baik

Isi-isi

·         Alasan 1: dapat memupuk sikap berdaya saing – bertanggungjawab – mendisiplinkan diri
·         Alasan 2: dapat berdikari – bebas membuat keputusan – tidak perlu mengikut arahan ketua
·         Alasan 3: bebas menentukan waktu kerja – tidak terhad – bekerja mengikut keperluan sendiri
·         Alasan 4: memperoleh ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dilakukan

Penutup

·         memberikan pengalaman kepada pelajar dan memupuk nilai murni




Soalan 5

      Seorang kawan anda telah terpilih sebagai Tokoh Kanak-kanak di peringkat negeri. Anda diminta menyediakan suatu dialog  bersamanya tentang pemilihannya itu.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan

·         kamu dan sahabat kamu saling bertanya khabar

Isi-isi

·         kamu bertanya kepada sahabat kamu tentang perasaannya apabila terpilih sebagai tokoh kanak-kanak – gembira
·         sahabat kamu itu menceritakan kriteria yang membolehkan dia terpilih sebagai tokoh kanak-kanak
·         mengekalkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan; aktif dalam kegiatan kokurikulum; menyelamatkan orang lemas
·         sahabat kamu itu menyatakan azamnya – jadikan pemilihan sebagai batu loncatan untuk ke menara gading

Penutup

·         kamu berbangga dengan kejayaannya


Soalan 6

      Kamu telah menyaksikan suatu kecelakaan jalan raya baru baru ini.
      Gambarkan suasana di tempat kejadian itu.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan
·         masa dan tempat kejadian – dalam perjalanan ke sekolah

Isi-isi

·         penunggang motosikal mencuba untuk memotong kenderaan lain – bertembung dengan kereta dari arah yang bertentangan
·         penunggang motosikal tercampak – cedera parah – pemandu kereta cedera ringan
·         orang ramai bertumpu di tempat kejadian – jalan raya sesak
·         ambulans lambat sampai – penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian

Penutup

·         terkejut – tidak jadi ke sekolah – balik ke rumah






Soalan 7

      Pada musim cuti sekolah yang lalu, kamu telah berkesempatan bercuti di sebuah pulau peranginan bersama-sama keluarga kamu.
      Ceritakan pengalaman kamu semasa berada di pulau itu.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan

·         gembira kerana pertama kali dapat bercuti di tempat jauh bersama keluarga

Isi-isi

·         menaiki bot – mabuk laut – penat
·         menyewa di calet selama tiga hari – kadar sewa berpatutan – layanan mesra
·         pemandangan cantik – air laut biru dan jernih – nampak batu karang dan ikan berenang-renang
·         melakukan pelbagai aktiviti – bapa menyewa bot – snokerling, memancing ikan, mandi laut – dapat makan ikan segar

Penutup

·         pulang ke rumah – kenangan manis


Soalan 8

      Kamu pemberita. Kamu telah ditugaskan untuk membuat liputan tentang penangkapan nelayan asing yang menceroboh kawasan perairan negara.
      Tulis berita tersebut selengkapnya.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan

·         pencerobohan nelayan Vietnam di kawasan perairan negara – dua buah bot, 15 nelayan ditahan

Isi-isi

·         pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendapat laporan daripada nelayan tempatan – usaha mengesan selama 12 jam
·         nelayan asing sedang memunggah ikan – TLDM memberi isyarat supaya menyerah diri – melepaskan tembakan apabila mereka mencuba untuk melarikan diri.
·         nelayan menggunakan pukat tarik dan alat khas pengesan ikan yu – mendapatkan sirip – harga mahal
·         jumlah tangkapan ikan – kira-kira 1 500 kilogram

Penutup

·         para nelayan ditahan sementara di Malaysia sehingga pihak berkuasa Vietnam mengambil tindakan



Soalan 9

      Kamu mengambil bahagian dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan ialah “Bersenam Amalan Gaya Hidup Sihat”.
      Tulis syarahan kamu itu selengkapnya.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan

·         kata alu-aluan – nyatakan tajuk syarahan

Isi-isi

·         bersenam sangat penting – baik untuk kesihatan
·         dapat membantu meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental – lebih aktif
·         dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah – mengelakkan penyakit jantung
·         dapat membantu mengatasi obesiti (kegemukan) – tidak perlu bergantung pada ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan

Penutup

·         setiap orang perlu bersenam – cara yang mudah untuk mengekalkan kesihatan



Soalan 10

      Kamu telah menyertai satu pertandingan bahas yang bertajuk “Tinggal di Asrama Lebih Baik daripada Tinggal di Rumah”.
      Sebagai pihak pencadang, bahaskan tajuk tersebut.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan

·         kata alu-aluan – menyokong tajuk perbahasan

Isi-isi

·         melatih diri supaya lebih berdisiplin – mematuhi jadual harian – peraturan asrama
·         melatih pelajar berdikari – mengurus diri sendiri
·         meningkatkan pencapaian akademik pelajar – belajar bersama kawan-kawan – bertukar-tukar pendapat
·         dapat memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya – pelbagai aktiviti yang berfaedah dijalankan

Penutup

·         menegaskan sokongan terhadap tajuk





Soalan11

 Tulis karangan yang bertajuk “Aku Sekaki Payung”.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan

·         aku sekaki payung yang cantik dan mahal – berfungsi secara automatik – dijual di pasar raya

Isi-isi

·         dibeli oleh seorang gadis – disyorkan oleh jurujual
·         gadis itu menggunakanku untuk melindunginya daripada hujan dan panas matahari
·         dijaga dengan baik oleh tuanku – dibawa ke mana-mana sahaja dia pergi
·         sudah setahun aku digunakan

Penutup

·         pada suatu hari – tuaku terburu-buru hendak ke pejabat – tersangkut pada dawai pagar – koyak – dibuang ke dalam tong sampah


Soalan 12
      Iklan memainkan peranan penting dalam mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
      Tulis karangan yang bertajuk “Peranan Iklan kepada Pengguna”.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan

·         iklan sebagai penyebar maklumat barangan dan perkhidmatan baru

Isi-isi

·         menyalurkan maklumat terkini tentang sesuatu barangan dan perkhidmatan
·         memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna
·         membantu pengguna merancang perbelanjaan – membuat perbandingan harga
·         mempengaruhi pengguna membuat keputuasan – menentukan barangan dan perkhidmatan yang lebih baik

Penutup

·         iklan sangat penting bagi pengeluar barangan dan perkhidmatan juga bagi para pengguna.









Soalan 13

      Kelab Alam Sekitar sekolah kamu telah mengadakan satu aktiviti keceriaan sekolah. Selaku Setiausaha Kelab, tulis laporan tentang aktiviti keceriaan tersebut.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan

·         tajuk laporan – Laporan Aktiviti Keceriaan Kelab Alam Sekitar Sekolah Taman Jasmin

Isi-isi

·         tarikh, bilangan pelajar yang terlibat, dan tujuan aktiviti diadakan
·         para pelajar berkumpul di padang sekolah – dibahagikan kepada beberapa kumpulan
·         aktiviti bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari
·         Penglibatan ahli kelab baru dan lama

Penutup

·         berjaya memupuk nilai murni

Soalan 14

      Kawasan perumahan kamu menjadi laluan pintas bagi kenderaan berat ke tapak pembinaan yang berhampiran.
      Sebagai wakil penduduk, tulis surat kepada pihak majlis daerah untuk mengadukan hal ini.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan

·         alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, panggilan penerima, tajuk surat

Isi-isi

·         perkenalkan diri kamu sebagai wakil penduduk
·         mengadu tentang jalan di kawasan perumahan kamu yang menjadi laluan pintas kenderaan berat
·         jalan rosak kerana kenderaan berat selalu berulang-alik – pecah dan berlubang
·         kenderaan dipandu melebihi had laju – membahyakan keselamatan – menyebabkan debu
·         berharap pihak majlis daerah mengambil tindakan yang sewajarnya

Penutup

·         ucapan terima kasih, pengakuan pengirim, tandatangan, nama, dan jawatan






Soalan 15

Andaikan kamu Pengerusi Jawatankuasa Wanita di tempat kamu.
Kamu diminta merasmikan sebuah butik pakaian wanita yang baru dibuka.
Sediakan ucapan kamu itu selengkapnya.

Cadangan jawapan:

Pendahuluan

·         kata alu-aluan kepada hadirin mengikut protokol

Isi-isi

·         ucapan tahniah kepada pemilik butik
·         bangga atas usaha kaum wanita yang mampu berdikari
·         peluang untuk meningkatkan taraf hidup – mengembangkan perniagaan dan potensi diri
·         berharap lebih banyak wanita dapat melibatkan diri dalam bidang perniagaan

Penutup

·         ucapan terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan